Is life like a jigsaw puzzle?


We may think it is. We put the pieces together to form the beautiful picture we see outside the puzzle box when we bought it. We start with 50 pieces, then move up to 200 pieces. Sometimes it takes two hours to put all the pieces together, sometimes it takes days of our time and patience.

But in life, the puzzles are not 50, or 200 pieces. We lost count and don’t know the real number. We keep on puttting the puzzles together. Some are easy, and some…the puzzles are never solved. The pieces can’t be put together.

We all want the pieces to be together, do we or do we not?
A father, might be missing from a child’s life that he forgets how life is without a father.
A loving, caring and responsible father, not allowed to see his only child.
An absent father, he is there physically sometimes but most of the time he’s busy and when he’s around, the kids don’t even feel his presence.
An involved father, but not welcomed by his children. He wants to make every decisions, although not necessarily for his children’s interest.

Must we keep on putting the puzzles together to get a complete picture of everything?

Hari yang biasa-biasa saja


Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, hujan renyai-renyai. Trafik ke KL perlahan, beberapa kereta berhenti di tepi jalan disebabkan kemalangan. Trafik ke Seremban agak lancar walaupun ada beberapa kereta yang terlibat dalam kemalangan.
Tiba kampus, hujan baru sahaja berhenti. Saya gagahkan juga mengikat tali kasut dan berjalan sekitar tasik. Minda mula berfikir tentang kerja yang menanti di pejabat. Dapat empat pusingan pun jadilah.
Saya tahu sebaik sahaja komputer dihidupkan, planner dan personal diary dikeluarkan dari beg, mobile data on, maka bertalu-talu mesej masuk dan kerja bersusun. Matlamat utama hari ini ialah siapkan jadual penggubalan dan pemurniaan kertas soalan Diploma dan Ijazah. Ada sahaja special request yang saya kena layan. Ada sahaja yang mengetuk pintu pejabat. Kadang rasa nak duduk sahaja di bawah meja pejabat sambil memeluk kaki rapat dan tundukkan wajah. Tidak! Saya dah sihat.
Saya cuba tumpukan pada tugas hakiki walaupun kadangkala jari ini terjeling juga mesej WhatsApp. “Mummy, Aqim accident. Jalan licin. Hujan”. Gambar yang dikirim menunjukkan kecederaannya tidak teruk. Saya menghela nafas. Tumpuan mula terganggu. Teringat anak kembar saya yang menduduki percubaan PT3 hari ini. Hari pertama.
Masuk waktu zohor, saya telefon mereka. “How was your exam?”. “OKla…Mummy, lapar… Belum lunch”.

Segera saya siapkan dan emelkan deraf jadual. Esok bincang dengan bos untuk maklumbalas. Emel penting telahpun dibalas. Saya telefon Aqim. Saya telefon Iza. Saya cuba balik awal. Setiap hari itulah niat di hati walaupun seringkali niat itu tidak tertunai.

Dalam perjalanan balik, berderet mesej WhatsApp. Ada pertemuan yang ditangguh esok.

Inilah personal barriers dalam kehidupan seorang dewasa. Hari yang biasa saja Namun, bayangkan bagi para pelajar siswazah yang bekerja, berkeluarga – dan menyiapkan tesis. Seorang ibu akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anaknya tetapi dia juga ingin terus maju dalam kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tanpa sokongan sosial dari keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja, dia tidak boleh pergi jauh walaupun punya potensi. Ini juga penting bagi peningkatan rasa percaya diri dan self-esteem.
Hari ini pencapaian saya kurang cemerlang tapi saya berjaya buat dapur berasap untuk makan malam. Makan tengahari di rumah umi – sup tulang dan daging goreng. Mujurla si kecil sudah tidur. Mummy boleh sambung baca tesis sahabat yang memerlukan bantuan mummy. Saya lihat dulu gaya penulisannya – buat needs analysis kemudian barulah boleh saya komen dan lihat bagaimana saya boleh bantu secara personal coaching.

Have a marvellous Monday, peeps!

30 Julai 2018