Loss


Usually time flies but not today, 6 November 2014.

Today, it crawls…when Ryan was in the operation theather for a minor surgery for pre auricular sinus pinna. He’s on full anaesthesia so when I wheeled him to the OT, reminded him to recite his “syahadah”, be calm and recite salawat, I have to admit that I do fear of losing him. Well, anything can happen, anything can go wrong even with the best specialist in the world.

I’ve been feeling under the weather for the past few days so fighting to be strong is another challenge for me. After being examined by his doctor to ensure he’s fit and healthy on Wednesday, Ryan was warded for the operation on the next day. I stayed with him the whole afternoon but had to leave because I have another four kids at my mother’s house. Ryan also asked me to rest at home. I told myself it’s going to be fine, it’s just minor operation done by a specialist who have done it thousand times so there’s nothing to worry. But I was unable to sleep, I was awake reminiscing Ryan’s childhood since he was a baby. A very understanding child and now a helpful and caring gentleman.

I was struggling with my master’s classes when I had him. I ran to my 4 p.m. sociolinguistcs class after ending my own class at a private college when I was seven month pregnant. Panting for my breath, apologising to my Professor who looked at me and said, “Wan, you are late”.

Before giving birth to him, I borrowed about seven books to read during my confinement as a preparation for the following semester. While studying Psycholinguistics, I just tucked his milk bottle under a small pillow and by the time I turned to him, he had finished his milk and fell asleep. God knows how guilty I felt at that time especially when I had to leave him with my friends, brother in law and most of the time with my umi as I was busy with master’s degree classes, my work and part time teaching at other universities.

I cried – I admit I’m not a good mom. I can be selfish at times, many times, I left them on their own when I was sick, when I was struggling, when I needed time alone to work on my assignments and many other times. I don’t listen much to them.

As I was tossing and turning on his bed in the ward trying to at least get some rest, or a nap a lot of things were going on my mind. When the nurse called me that he’s awake and I can come along to take him from OT, I just wanted to do a sujood syukur immediately. Wheeling him back to the ward,  I felt so relieved to see him opening his eyes. He told me what he can recall from the OT – the last thing came on his mind was “I think therefore I am (in Greek)”, how he felt about it until we both felt asleep. When I got up, we talked again about Socrates and philosophical stuffs that he has read (and forced me to read). I still haven’t finished “Sophie’s World” so I can just listen. Ok, he’s back to his oldself.

I had to leave him on his own on that night too, but I promised to be back as soon as I finished my 8.30-10.30 academic writing class. The next morning, I came with Danish. Alhamdulilah, he is discharged as he’s recovering well from the operation. I sent them to Masjid for Friday prayer and went back to my umi’s house. That afternoon, I had to go to Wangsa Melawati, which is more than an hour from my house. He offered to accompany me when he supposed to be resting a home. He needed to go out. We talked in the car about many things, including his childhood and how he felt about certain things when he was a child, what he did when he was 9. He even treated me dinner and was so caring, protecting me from rain with an umbrella. It was like a date. We reached home quite late because of the heavy rain and traffic the whole Kuala Lumpur. My handphone battery went down to 4%, I lost my way and can’t use Waze so I just rely on signboards looking for “Seremban”. I would have cried if I were alone but it was so nice to have him accompanying me.

Thank you, Allah for the second chance. I try to be a better mom.

Hijrah


Penghijrahan yang bermula seawal dari alam rahim untuk mengenal dunia yang akhirnya menjadi tempat yang berat untuk tinggalkan walaupun kehadiran di alam dunia hanya satu persinggahan semata-mata yang bermatlamat ke alam yang lebih kekal abadi. Di sinilah kita diingatkan untuk mencari bekal sebanyak-banyaknya kerana bagaimana kita melayari alam dunia itulah yang menentukan kualiti kehidupan kita di alam kubur dan barzakh.

Di alam hidup ini, kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat, suatu penghijrahan yang berbentuk lokaliti disebabkan persekitaran yang di luar kawalan atau pilihan sendiri demi meningkatkan ilmu dan taraf ekonomi sedia ada. Misalnya, walaupun kedua ibubapa saya berasal dari Kelantan mereka berhijrah ke Kota Kinabalu, Sabah setelah beberapa bulan berkahwin untuk lari dari dibunuh. Pada masa itu perkahwinan dari dua bangsa berbeza dan penghijrahan agama bukanlah sesuatu yang boleh diterima terutama oleh seorang Bomoh Siam yang dihormati masyarakat tempatan seperti Ah Kong saya. Penghijrahan tersebut juga meningkatkan tahap ekonomi ayah di mana beliau mula bekerja sebagai juruteknik di Radio Televisyen Malaysia, Jalan Tuaran. Rezeki yang diperolehi membantu adik-adik yah yang masih bersekolah dan membawa beberapa orang ahli keluarga turut berhijrah ke Negeri di Bawah Bayu bagi melanjutkan pelajaran dan akhirnya berjaya memperolehi pekerjaan untuk membantu keluarga.

Ada penghijrahan yang lebih mudah misalnya mengenakan tudung atau pengaraban istilahnya “hijab”. Saya mula-mula mengenal hijab ketika sepupu saya dari Kelantan mula-mula datang ke rumah saya di Jalan Tuaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Keningau. Ketika itu pemakaian tudung amat asing kerana tiada sesiapa pun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru yang mengenakan anak tudung dan tudung tiga segi yang menutup seluruh rambut dan dada kecuali Sister Rosalind, Guru Besar sekolah, Sister Alfonso dan lain-lain sisters. Sebagai seorang yang ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, saya cuba mengenakan tudung sepupu saya. Saya ditegur ayah kerana berkelubung litup. Pada masa itu sangat janggal untuk mengenakan anak tudung dan tudung serta berbaju kurung kerana ustazah saya pun hanya bertudung ringkas ikat di dagu masih menampakkan rambut di belakang skafnya. Namun bagi umi “It’s a one way street” – saya dipaksa untuk bertudung semasa memulakan Tingkatan 1 SM Stella Maris. Minggu pertama persekolahan terasa amat malu bertudung di hadapan kawan-kawan dari sekolah rendah dan ditegur oleh Sister (Guru Besar sekolah) walaupun ia merupakan teguran yang positif. Saya hanya tahu ianya wajip dari ustazah dan umi pula mengugut akan menggantung dan membakar rambut jika saya membuka tudung. Seluar pendek yang saya pakai untuk Pendidikan Jasmani dan sukan dibakar dan pakaian saya diganti dengan baju kurung yang dijahit umi. Tiada lagi dress dan skirts. Baginya biarlah dia menghukum saya dan adik saya sebelum kami dihukum di akhirat. Ketaatan dan ketakutan pada umi membuatkan saya terus mengenakan tudung hingga ke universiti walaupun saya pernah  berkata pada umi “You are more Malay and more Muslim than a Muslim Malay”.

Setelah berkahwin. suami tidak kisah soal aurat asal jangan terlalu nampak alim. Bertudung, berselendang atau tidak di hadapan ipar duai dan kawan-kawannya – terpulang selera saya dan apa yang cocok dengan apa yang dipakai – samada blouse atau kebaya berkain batik susun yang padan dengan susuk badan saya. Alhamdulilah, kesibukkan membuat penyelidikan, bekerja dan belajar hingga ke peringkat doktor falsafah membuatkan saya berpuas hati dengan kehidupan sedia ada dan berfikiran positif tentang masa depan. Hinggalah saya diuji bila mana satu demi satu yang saya sayangi dan dicintai diambil Allah. Kehilangan anak kelima di usia 2 bulan 23 hari, kasih suami yang beralih arah, pembantu rumah yang telah berkhidmat 3 tahun mengambil keputusan untuk pulang ke Kemboja, arahan berpindah dari rumah universiti yang hanya 2 minit dari tempat kerja dan kemalangan hampir maut kereta Waja dengan treler di Bukit 7, Gua Musang memaksa saya berhijrah minda dan mengubah sempadan iman saya.

Ketika membawa adik saya berubat, Allah mengangkat hijab saya dan mengenalkan pada makhluk-makluk yang saya tidak percaya selama ini. Pengembaraan saya ke Pondok Pasir Tumbuh dan berubat dengan ustaz di sekitar Kelantan membawa kepada penghijrahan spiritual mengenalkan saya pada ayat Ruqyah, Ar-Rahman dan surah-surah lain. Saya disuruh membaca Ya Latif 17 ribu kali, Yasin (hati al-Quran) pada setiap hari pukul 3 pagi (hati malam) bagi menghidupkan hati saya yang telah mati dan jiwa yang kosong. Pada masa itu saya masih merangkak-rangkak untuk mengenal Quran apatah lagi Yasin. Air mata saya mengalir dan saya menangis teresak-esak untuk menghabiskan bacaan Yasin dengan kepayahan.

Saya mencari erti solat, erti ibadah yang saya lakukan selama ini hinggalah saya sanggup kehilangan suami yang saya cintai dan sembah selama ini. Seluruh hidup saya – segala-galanya saya korbankan untuknya. Ketika menunaikan solat zohor  di surau Pondok Pasir Tumbuh terasa seolah-olah pertama kali mengerjakan solat. Saya lari sehelai sepinggang dari Machang meninggalkan segala-galanya – anak-anak, rumah, suami demi menyelamatkan nyawa dan akidah saya. Setelah hidup semula dari kematian, saya mencari kekuatan untuk membuat keputusan untuk berpisah dengan suami demi menyelamatkan akidah saya dan anak-anak.

Saya berhijrah lagi – hijrah status perkahwinan – mencari erti iman mencari erti hidup – Alhamdulilah, sebaik selesai edah, Allah izinkan saya berkahwin dengan sahabat baik saya sewaktu di Tingkatan 4. Saya sujud syukur – akhirnya saya merasa nikmat solat berjemaah walaupun hanya merasa memiliki seorang suami setiap dua minggu, itu pun hanya hujung minggu Sabtu dan Ahad kerana kami tinggal di negeri yang berbeza. Giliran dibincangkan dengan isteri pertama sebelum kami berkahwin. Isteri pertama memberi izin berkahwin kerana tahu betapa suami ingin zuriat dari darah daging sendiri. Kami hidup dalam dunia masing-masing dan tidak pernah mengganggu satu sama lain. Perkahwinan 2 tahun 4 bulan yang sangat bahagia dengan suami yang penyayang. Namun jodoh sudah tersurat di Loh Mahfuz, akhirnya status saya berubah lagi. Kami berpisah dengan baik – siraturahim baik dengan bekas madu hingga hari ini mahupun bekas suami dari sebelum berkahwin hingga kini terjaga. Kami sama-sama berkongsi mengambil giliran menjaga satu-satunya anak kami.

Saya rasa bekas madu juga mengalami hijrah sikap – sikapnya yang redha dan pasrah – walaupun terluka, sekalipun dia tidak pernah menganggu atau memaki hamun saya. Jauh sekali menuduh saya merampas suaminya. Setelah berpisah, kini anak saya yang keenam setiap 2 minggu diambil oleh ayah dan ibunya. Baru-baru ini, ibu menghantar Khair seperti biasa membawa mainan, aiskrim dan biskut. Cuma kali ini dia juga membawa kek hari jadi saya, mee goreng dan udang masak lemak kegemaran saya. Nikmat Allah yang mana ingin saya dustakan? Dia memeluk, mengucapkan Selamat Hari Jadi dan memberi kata-kata perangsang agar tetap tabah membesarkan anak-anak 6 orang kerana ibunya juga seorang ibu berdikari. Dia memahami kesukaran dan cabaran sebagai ibu berdikari. Walaupun berpendidikan dan taraf ekonominya sederhana, dia mempunyai adab dan budi bicara yang sangat tinggi. Kadang-kala dia menasihati dan menegur saya agar sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak yang menjadi amanah Allah. Dia sangat bersyukur saya membenarkan dia berkongsi kasih dengan anak yang ditunggu-tunggu bertahun-tahun. Subhallah, bagi orang yang tiada memiliki zuriat, peluang bermanja dengan anak umpama anak sendiri adalah satu rahmat yang sangat besar. Dia menyedarkan saya betapa bertuahnya saya.

Saya sedar apa yang saya miliki akan hilang jua satu hari nanti. Mereka yang saya sayangi akan meninggalkan saya juga. Tiada yang milik abadi, sekadar pinjaman semata. Namun saya tidak pernah bersendiri. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan berhijrah ke tempat abadi maka saya ingin memberi tumpuan pada apa yang benar-benar bermakna dalam hidup saya, bekalan untuk penghijrahan seterusnya.